Sunday, May 11, 2008

No Elimination

Seperti biasa saya menantikan sessi terapi saya yang hanya akan bermula jam 9 malam. Maka selepas waktu kerja di BTC, saya mengisi perut dengan :) & Kak Lorna di The Chicken Rice Shop. Pergh gabungan Kak lorna & :) sememangnya boleh memenuhkan meja makan hehehe. FYI, Kak Lorna ada temujanji dengan :) petang tadi. Temujanji dengan Perodua Myvi hehehehe. A new car for her, Insyaallah. Malamnya pula :) bermain futsal maka saya agak berseorangan menonton AF6.

Persembahan dimulakan dengan lagu bonus- pemanas konsert. Lagu popular Andy Flop Poppy & Misha Omar "Sembunyi" & Melly Goeslaw & Eric "Ada Apa Dengan Cinta". Kelihatannya pembahagian lagu tidak begitu seimbang bilamana kelihatan ketara hanya sebilangan pelajar dilihat menyanyi dan melontarkan suara. Yang lain sekadar menyanyikan beberapa bait atau mungkin sekadar memenuhkan pentas semata-mata agar tidak kelihatan kosong & lapang. Namun apa yang menyentuh hati pastinya apabila penyanyi kesayangan saya Aishah menyanyikan lagu "Syurga Di Telapak Kaki Ibu" sempena Hari Ibu yang jatuh pada keesokan harinya Ahad 11 Mei. Sayu ajer mendengarkannya. She still has the voice despte a slightly large size - cayalah Kak Aishah!!! Gambar gambar pengkritik and pelajar pelajar bersama ibubapa mereka di siarkan di layar untuk tontonan umum. Para pelajar diberikan sejambak bunga untuk diberikan kepada ibu masing masing kecuali Stanly (semoga ibunya cepat sembuh) & Stacy ( walaupun kelihatan gambar ahlikeluarganya berada di kerusi penonton).

Persembahan malam itu dimulakan dengan Toi menyanyikan lagu "Kasih Berduka" - nyanyian asal oleh M Osman (Could it be Aziz & Zulkifli's dad? - I am so bad with the entertainment highlights in Malaysia). At laSt Toi, an IMPROVEMENT!!! Walaupun persembahannya tiada yang gah, tetapi sangatlah memuaskan hati saya berbanding persembahan persembahannya di sepanjang konsert AF yang lalu. Akhirnya Toi berjaya membuatkan saya kurang dosa di malam itu - dosa mengutuk sudah tentunya. Nyanyian yang kurang mendatar, gerak badan yang rileks mngikut muzik - thank god at last he managed to entertain people. Ada peningkatan dan sudah pasti saya tidak mempersoalkan undian peminat yang masih menyokong Toi selama ini. Berbaloi undian yang diterima dengan kredit yang dilaburkan oleh peminat peminat Toi. Syabas Toi.

Persembahan dari pelajar yang amat saya nantikan - Nadia seterusnya menyusul. Benar kata Ramli MS persembahan Nadia tiada impaknya yang besar walaupun seperti biasa dia belum pernah mengecewakan peminat yang sentiasa terhibur. Memetik kata kata Paul Moss sewaktu memberikan komen terhadap persembahan Siti Sarah Raisuddin di dalam Malaysian Idol tidak lama dahulu - "Bila kita tahu kemampuan Sarah, kita mengharapkan sesuatu yang luar biasa dalam persembahan seterusnya". Saya kira begitu juga dengan perihal Nadia. We know she can sing so she needs something to make us awe and say wow. She needs to work out her X-factor, poor girl. She needs to understand now people are having a much higher expectations towards her ability to sing & entertain. But I seriuosly hope (and vote) she will make it to the finals.
Stanly belted out "Naluri Lelaki" (originally sang by Samsons). He looks and moves so energetically on the stage and down on the floor with the crowd. I am happy that he was increasingly improving after a few gloomy weeks. Bangkit semula Stanly - you can do it. Sememangnya ketara kelihatan Stanly dapat "bersatu" dengan lagu dan mempamerkan persembahan yang menarik tanpa kelihatan terpaksa atau dipaksa. Satu bonus untuk Stanly dalam menghiburkan penonton & pengundinya malam itu.
Riz & "Laskar Cinta"nya gagal menghiburkan saya. Saya perlu bersetuju dengan Kak Ogy bila mengatakan persembahan Riz pada malam itu adalah persembahannya yang paling teruk. Saya tak nafikan lagu itu sememangnya sukar - tapi sampai bila Riz hendak menyanyikan lagu lagu yang kurang mencabar & memihak kepadanya? Sudah seringkali Riz diberikan lagu yang berpihak kepada vokalnya & nampaknya percubaan Ramli MS untuk "mencuba" sesuatu yang baru kepada Riz ternyata gagal.
Nubhan memeruskan persembahan hambar yang dimulakan oleh Riz sebelum tadi. Saya langsung gagal memahami pucuk pangkal muzik & lagu yang cuba di sampaikanoleh Nubhan. Sayang Nubhan punya suara unik tapi malas belajar menyebabkan dia semakin teruk tanpa kelihatan apa apa peningkatan baik dari segi nyanyian mahupun persembahan. Hanya undian kesian & simpati yang menyelamatkan Nubhan dari disingkirkan. Tak boleh salahkan peminat peminat Nubhan sebab muka dia memang comel kan? But now we know who votes for talents & who votes for looks. Peminat sekarang semakin bijak? Pengundi sekarang semakin bijak? Betulkah kenyatan itu sebenarnya? I doubt so people :)
Percaturan AF meletakkan Stacy sebagai peserta terakhir sememangnya bijak kerana saya sendiri antara yang tidak berganjak dari depan tv menantikan si cilik itu membuat persembahan. Antara Nadia, Riz & Stacy - percaturannya seorang di awal konsert, seorang di tengah konsert & seorang lagi di akhir konsert. Perasan atau tidak itu sudah menjadi formulanya sejak beberapa konsert yang lalu. Thank you Stacy for making every week of my watching the concert something worth it!! As usual, persembahan energetic yang ceria, suara yang selari dengan pergerakan tanpa bunyi "pancit" keletihan memang menyegarkan saya yang hampir layu dek persembahan hambar Riz & Nubhan. Tapi dek kerana lelehan airmata rupa seposen keduanya, undian mereka terus melonjak naik. Baguslah anak anak jantan sekalian, teruskan menangis pasti kamu dapat menjadi juara AF kelak. Dan sekali lagi pengundi pengundi telah menunjukkan tahap mentaliti mereka. Jujur saya katakan Riz wajar diselamatkan kerana mamat tu boleh menyanyi & menghibur. Nubhan tu mak aii menyakitkan hati ajer tengok dia menyanyi saban minggu. Berdasarkan persembahan selayaknya Nubhan yang terkeluar malam itu. Tapi memandangkan kejutan yang dirancang adalah tiada penyngkiran lega juga rasanya kerana undian Nadia merosot teruk. But its ok girl, we know you can go far & the votes that you got are genuinely casted due to your talent and not due sympathy.

No comments: