On 31 st of December 2007, went to work as usual. Azam could not make it. I believe he was not feeling well. He was worried about getting the MC, as we were told no MC will be entertained during Hari Kejepit - one working day in between 2 holidays. But I told him, it can't be help. I just asked him to inform Kak Yani. As we were working through the morning, we received an e-mail from Kak Yani, informing us that we will be going back slightly earlier; but there'll be no 4pm tea break. Bolehlah tu, janji balik awal. Pukul 4 dah balik dah. Hip hip hooray! Balik jalan clear ajer. Best betul. Tapi :) balik macam biasa. Hm, nevermind, I 'll just wait for him before going for dinner. Plan to go to Ayamas TTDI, because I got the vouchers that ends that very day. Pergh, jalan menuju ke KL and OU dah jam giler. Ikut jalan rumah Aida di pinggiran TTDI tu, rupanya jam jugak. Sebab orang nak pergi ker OU ikut jalan sana supaya tak bertembung dengan kenderaan yang ikut laluan utama. Fat chance my friends. Lebih menyakitkan hati bila sesampainya kami di destinasi (setelah hampir setengah jam di jalan raya), Ayamas sudah di tutup. Sepatutnya dah boleh di agak; yelah petang Tahun Baru kan? Mestilah banyak tempat yang tutup awal, membenarkan pekerja pekerjanya balik awal untuk sambut Tahun Baru yang setahun cuma sekali (Tolak tepi Tahun Baru yang di sambut berdasarkan agama anutan lah kan?) Tapi dah namanya retail kan? Mungkin sebab tu yakin sangat yang Ayamas tu masih di buka. Sebab BTC tak balik awal pun? Tesco pun tak tutup awal. Tapi logiklah, dua dua tempat yang disebutkan itu akan kerugian besar kalau di tutup. Tapi setakat Ayamas yang kecik comel tu mungkin tak rugi apa kalau di tutup awal pun. Ragu ragu jugak nak pergi mulanya, tapi bila fikir balik baik pergi dan puaskan hati dari kerugian pulak (kalau Ayamas masih dibuka lah kononnya). Masa tu dah hampir jam 9. Hm, puas pula memikirkan nak makan di mana. Tempat yang jauh dari bandar dan tak ramai orang.
Mulanya bercadang nak makan di Kota Damansara, jadi ikut lebuhraya lebih mudah dan cepat. Tapi bila lalu di Restoran Jejantas Sungai Buloh tu, terngidam nak makan sate Sahmuri pulak. Hm, macam mana ni? Kami pun singgahlah ke sana. Sekurang kurangnya tengok dululah kalau tutup boleh terus ke Kota Damansara kan? Alang alang memang lalu, biarlah menyinggah tengok.
Sampai di sini memang ramai orang. Semua pun macam kami agaknya. Nak makan tapi tak mahu di tempat yang sesak sesak. Atau mungkin menyambut tahun Baru dengan berjamu sate di sini. Hm, servis memang lambat sikit di sini. Mungkin jugak sebab tempat bakar satenya agak jauh di belakang. Berdekatan dengan pejabat PLUS R&R tu. Tengah makan Kak Iza telefon. Biasalah hal tempat kerja. Kepada siapa lagi kami nak bercerita nasib diri, mengadu nasib badan. Sesama kamilah jawabnya. Tak percaya pada sesiapa lagi. Tak suka nak mengadu pada management. Kerja budak budak. :) order sate untuk keluarganya. Tapi muka :) dah kelat pasal saya bercakap dengan Kak Iza sepanjang makan malam. Tahu dia bengang tapi tak sampai hati nak letak gagang. Bukan selalu Kak Iza telefon.
Jadi masa masuk kereta saya hidupkan enjin dan terus memandu; sambil sebelah tangan memegang gagang telefon. :) masih menarik muka. Selesai bercakap, (terpaksa beritahu Kak Iza yang saya sedang memandu) kami mula bergaduh pulak di dalam kereta. Dah lama tak bergaduh sebegitu sekali. A very heated argument! Kami tak bercakap sepatah pun lepas tu. Masing masing menyepikan diri sampailah balik rumah masing masing. Terasa susahnya kalau berdua. Sometimes makes me wonder whether I should stay single. Lebih senang dan mudah. Being alone doesn't necessarily means being lonely, right? You chose your own feelings. So I chose not to be lonely, even when I am alone.
Selesai hantar sate terus balik ke rumah dan zzzzzzzz...... Esok kerja pagi tak boleh tidur lewat hehehe
No comments:
Post a Comment