Tuesday, December 25, 2007

Zulhabri Supian

Assalamualaikum Semua,

Semalam Hari Natal, seharusnya saya bercuti. Tetapi seperti yang dijanjikan saya bekerja di BTC. Malah, dari malam Hari Natal lagi saya sudah ada di sana. Pulang dari Cyberjaya saya terus menuju ke Borders dan menyambung tugasan yang tidak sempat di sudahkan oleh kawan merangkap "pasangan-jenayah" saya; Azreen. Katanya dia di serang senggugut, penyakit yang kerapkali menjengah kaum Hawa sebulan sekali (kalau nasib tidak baik lebih dari itu, tetapi syukur, setakat ini saya hanya mengalaminya sebulan sekali). Hampir mahu menjerit melihatkan dua "library cart" dan hampir 8 bakul yang perlu di sudahkan! Saya pasti penyakit Azreen benar benar serius, kerana walaupun baru mengenali beliau tidak sampai setahun; Azreen bukan jenis yang suka meninggalkan kerja yang tidak di sudahkan begitu sahaja, dengan banyaknya. :) Tanpa membuang masa dan dengan dorongan dan sokongan Kak Iza (yang kebetulan berada di sana untuk menemani saya sambil bercerita tentang pengalaman hidupnya hehehe) saya terus memulakan kerja saya yang mana terdaya.

Malam semalam sesudah selesai kerja di BTM, saya mengambil keputusan untuk ke rumah kakak di Gombak. Melawat kakak dan baby sebenarnya, setelah hampir 3 minggu kakak bersalin baru semalam saya berkesempatan untuk melawat. Memaksa diri untuk meluangkan masa kerana almaklum dengan jadual kerja saya yang tidak menentu ini, susah nak membuat sesuatu aktiviti tanpa memaksa diri untuk melakukannya. Ingin berjumpa dan melepak bersama teman teman pun agak sukar sebenarnya. Selalunya waktu yang sesuai ialah malam hari. Sesudah balik dari kerja samada dari Cyberjaya atau dari BTM. Insyaallah tahun baru ini saya akan dapat meluangkan masa bersama sama teman saya Zulhabri, Kak Iza, Adeliza, Azzam (kalau dia masih boleh keluar melepak bersama kami), Jai & tentunya :). Sebenarnya kami masih mengumpulkan teman teman yang boleh di ajak melepak. Ini tentunya akan menjadi acara gilang gemilang bagi saya setelah sekian lama tidak bersama sama dengan kawan kawan BTC yang telah lama meninggalkan BTC untuk meneruskan kerja di tempat lain ataupun melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.

Saya & :) ke tengah tengah pusat membeli belah The Curve untuk bergambar dengan kawasan yang telah di hias cantik untuk sambutan Hari Natal tahun ini. Banyak pokok tiruan di hias cantik. Malah kelihatan sebuah rumah ala English Style di hiasi di tengah-tengah The Curve. Meskipun ramai umat manusia membanjiri kawasan tersebut untuk bergambar, kami masih dapat bergambar dengan pemandangan yang cantik. Kebetulan pula saya mengenakan baju sejuk yang agak tebal makanya sesetengah gambar kelihatan seakan akan saya berada di luar negara. Hehehehe tak dapat merasa salji sebenar, dapat bergambar pun jadilah kan?

:) memberitahu saya bahawa Angah & adiknya Sala berserta ibunya berada di Tesco. Kami ke sana kerana kebetulan ada beberapa barang yang mahu di beli. :) membodek Angah untuk makan di Ikea. Dia teramatlah sukanya dengan menu Manager's Special di Ikea yang kadang kadang menghidangkan Nasi dan 2 potong ayam pada harga RM5 lebih. Yelah di mana mana kedai mamak sekalipun, Rm 5 hanya untuk sepotong ayam yang sudah di potong 8 kalau tak 16. Dalam perjalanan :) menunjukkan gambar gambar yang baru sahaja kami ambil sebelum itu dengan mengolokkan Angah dengan menyatakan saya baru sahaja bercuti ke luar negara. Sudahnya kami ke tengah tengah The Curve semula, kali ini untuk mengambil gambar keluarga :) di sana pula. Kami ke Ikea untuk makan malam, Angah belanja tetapi Manager's Special untuk hari itu adalah Frankfurters & kentang lenyek. Kami order Manager's Meal, Angah & Sala mahu mencuba Chicken Menu (Saya tak ingat apa nama penuh menu tersebut), dan Angah memesan Chicken Meatball untuk Ibunya. Sedar tak sedar sudah menghampiri jam 9. Kami sekali lagi ke Tesco untuk membeli rak kasut & mendapatkan parking percuma untuk Angah. Setiap pembelian membolehkan anda tidak perlu membayar untuk parking di Tesco. Kami malangnya meletakkan kereta di dalam The Curve, maka kenalah bayar RM2.

Kami terus menuju ke rumah kakak. Tak mahu lewat sampai. Ada bayi kan, tak elok kalau melawat di tengah malam hari. Takut "ada" yang mengganggu kelak. Setibanya di sana, hadiah yang baru di beli balik dari kerja tadi di capai dan perlahan kami berjalan ke rumah kakak. Alamak pintunya di tutup dan seakan orang di rumah sudah tidur. Saya menghantar mesej kepada kakak untuk memberitahu kami sudah berada di depan pintu pagar. Tiba tiba kelihatan Abah berjalan menuju ke rumah. Abah meminta agar kami menunggu sekejap sementara Abang turun dari bilik mendapatkan kami. Setelah meminta izin ke bilik air saya mencuci muka sebelum mendapatkan akak. Akak kelihatan comel seperti lazimnya & agak kurang berisi dari sebelumnya juga. Hehehehe Kelihatan Muhammad Nazran Azen Bin Rozan Azen sedang mamai mengantuk hendak tidur. Salam saya beri sebelum mencium bayi comel Akak yang sangat mirip dengan keluarga sebelah Akak. Tapi kata Akak, lesung pipitnya ada dua seperti babahnya juga. Perbualan berkisar aktiviti Abang yang kembali aktif dengan aktiviti aktiviti Keadilannya (Abang saya Pro-Keadilan). Hari ini Abang kembali bertugas setelah hampir seminggu bercuti, menghabiskan saki baki Cuti Tahunannya. Abang memberitahu tentang blog seorang sahabat yang lebih senang saya gelarkan Pendek walaupun nama penuh yang diberi kedua ibu bapanya ialah Zulhabri Supian. Hm, lama jugak tak jumpa si Pendek tu . Jadi hari ini saya melayari blog Pendek, melihat apakan tulisannya yang terbaru. Hm, banyak berkisar tentang Sukan SEA yang baru sahaja berlalu. Hm, siapa Pendek dalam hidup saya?

Saya mengenali Pendek ketika mula mula bekerja BTC 2 tahun yang lalu. Pada ketika itu saya di letakkan di KS & Pendek bertugas di FOS. Orangnya hitam manis dan memang manis tambah lagi bila tersenyum. Rendah ajer orangnya, baru boleh panggil Pendek kan? Kuat bekerja dan pantas ketika melaksanakan tugasnya. Seorang yang ramah dan amat berpengetahuan tinggi tentang buku buku yang berada di sekelilingnya. Unik orangnya, seorang yang sentiasa berpandangan jauh. Aktivis yang tersangat aktif, sampai ke tahap yang menakutkan saya kalau kalau dia ni tertangkap. Tapi bak kata Azam, dia ini menjadi cemburu kami kerana dalam umur semuda ini, dia sudah punya Passion & keinginan tentang apa yang di mahunya & tahu bagaimana mencapai apa yang di mahunya. Sedang kami masih mencari cari diri sendiri, minat dan kehendak serta cara cara memenuhi kehendak kami; dia sudah separuh jalan mendahului kami dalam mencapai cita cita dan kehendaknya. Oh yes, I am green with envy with you Zul.

Insyaallah minggu hadapan kami akan berkumpul dan menggila gilakan diri untuk beberapa jam setelah lama tidak berjumpa. Kenapa saya menulis dalam Bahasa Melayu? Kerana saya telah mendapat sedikit inspirasi dari membaca blog Pendek.

No comments: