Wednesday, December 26, 2007

'Jika enggan buka tudung, carilah kerja lain'

Hm, hari ini bangun agak lambat sikit. Selalunya 5:50 AM dah bangun tapinya hari ini terbangun jam 6:20 AM. Apa lagi, ala ala lipas kudung (tak pernah nampak lipas kudung sebenarnya tetapi dah itu pepatahnya, sebat ajerlah kan?) menuju ke bilik mandi & segera bersolat. Jam 6:50 AM baru keluar rumah. Jai siap hantar mesej lagi, "U datang kerja kan?" Yelah selalunya tak pernah lewat mengambil Jai, kalau selisih pun seminit dua ajer. Ni pasti Jai dah menunggu di pintu belakang sambil menbaca akhbar The Sun. Azam pun dah duduk menunggu di bahu jalan di tempat biasa. Hm, dah lewat tapi masih mahu menyinggah di kedai mamak tempat Azam menunggu. Perlukan Nescafe Ais untuk memulakan hari ini. Kenapa? Supaya tidak mengantuk. Sudah beberapa hari tidak dapat mengoptimumkan prestasi kerja kerana diserang penyakit mengantuk yang teramat sangat. Sudahlah "Tapak" yang mahu di "Tajuk"kan tidak banyak; ditambah pula dengan semangat mengantuk lembap yang kronik memang "persembahan" kerja sangatlah tidak menarik minggu ini.

Sampai pejabat masih punya waktu sebelum jam 8, lega sekali. Tak mahu datang lewat; sebab datang beramai ramai kan? Kesian kawan kawan satu kereta, tak pasal pasal terheret sama nanti. Pengurus memang mementingkan kedatangan di sini. Salah satu bentuk displin, dan rasanya tak salah malah teramat perlu untuk menunjukkan kesungguhan dan kemahuan bekerja yang tinggi. Pantulan sahsiah diri sebenarnya kan?

Sesampainya di tempat kerja seperti biasa, memantau perjalanan stesyen hari sebelumnya dan menyambil nyambil membaca akhbar di internet. Sesudah di mulakan dengan The Star Online, saya beralih dengan Mstar Online pula. Dan hampir penghujung muka depan Mstar; saya terperasan tajuk ini pula 'Jika enggan buka tudung, carilah kerja lain'. Hm, menarik tajuknya. Mari kita baca bersama sama.

Individu yang berminat bekerja dalam bidang kecantikan perlu akur dengan ketetapan sesetengah pengusaha yang tidak mahu menggaji pekerja bertudung, kata Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera.
Presidennya Mohaizi Mohamad berkata pengusaha pusat kecantikan tidak boleh diwajibkan untuk menggaji pekerja bertudung kerana individu berkenaan perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja sebegitu.


Hm, secara sinopsisnya, kenyataan ini di keluarkan berikutan surat aduan adari seorang pembaca "Menurut pengirim surat itu, seorang rakannya yang bertudung telah memohon untuk menjadi jurujual di sebuah syarikat kecantikan di pusat membeli-belah KLCC, namun pemohonannya ditolak kerana syarikat itu mengamalkan dasar "gaya bebas dan menarik".
Katanya lagi, rakannya itu diminta untuk tidak mengenakan tudung sekiranya ingin bekerja sebagai jurujual barangan solekan.
Pengirim itu yang dikenali Nazreen juga berkata, amalan itu satu bentuk diskriminasi terhadap wanita bertudung."


Apa pendapat anda pembaca? Hm, kalau tidak silap kenyataan itu di keluarkan oleh Persatuan Kecantikan & Spa Bumiputera kan? Oh, maaf status Bumiputera kalau di ikutkan selayaknya di gunakan untuk penduduk asli Tanah Melayu ini. Keturunan penduduk asli Tanah Melayu tidak semestinya beragama Islam bukan? Malah kebanyakan mereka walaupun mengamalkan monotheism - kepercayaan terhadap suatu kuasa/tuhan, tidak semuanya beragama Islam. Rata rata kebanyakannya masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang terdahulu. Jadi seharusnya kita yang Melayu ini tidak usahlah mendabik dada dengan status Bumiputera; kerana masih ada yang lebih layak di panggil Bumiputera. Kita masih mahu dikenali sebagai tuan punya tanah, sehingga kita mengenepikan taraf mereka dengan menjadikan mereka berstatus pribumi? Sedangkan kita menunjukkan ketuanan dengan menambahkan perkataan "Putera" di belakang Bumi? Agar menunjukkan status kita yang lebih tinggi kononnya dari mereka? Entahlah, saya pun bukannya pandai Sejarah, dapat C4 ajer pun masa SPM. Jadinya pendapat saya (hanya mewakili saya seorang dan bukannya mana mana persatuan atau individu yang lain) bukanlah boleh di pakai oleh para ilmuwan. Namun, maaf bukan itu topiknya yang ingin saya utarakan di sini.

Hm, tapikan Presidennya Mohaizi Mohamad, rasanya nama bapanya cukup mengatakan ianya di punyai oleh seorang Islam. Hm, gaya bebas & menarik - ayat deskripsi yang di petik dari apa yang di ujarkan oleh Pusat Kecantikan di KLCC apabila menolak permohonan kerja oleh sahabat kepada Saudari Nazreen; penulis aduan tersebut. Apa yang di istilah dengan perkataan bebas & menarik itu yea? Musykil juga saya. Bebas yang bagaimana?

Di sebut di dalam artikel berkenaan bahawa sahabat kepada Saudari Nazreen memohon pekerjaan sebagai jurujual barangan solekan. Tidak pasti pula saya samada di kaunter kaunter alat solek di dalam I-Setan atau seumpamanya. Ataupun di dalam butik butik kecantikan di dalam KLCC tersebut. Kalau di dalam butik butik kecantikan, mungkin pengusaha tersebut merasakan lecehnya menggaji seorang Islam bertudung kerana, pastinya dia sedar hukumnya seorang wanita Islam menyentuh pelanggan lain jantina tanpa lapik. Haram, kan? Pastinya, tidak boleh hendak mengarahkannya melayani pelanggan berlainan jantina. Bermakna sahabat Saudari Nazreen sama sekali tidak boleh mengusap wajah seorang pelanggan lelaki ketika melakukan rawatan muka, atau memeriksa lemak lemak di perut seorang lelaki ketika memeriksa timbangan berat, atau menyentuh kepala ketika melakukan guntingan atau mewarna rambut. Mungkin juga itu akan menyekat aktiviti pusat kecantikan tersebut. Tapi, apa mungkin tidak ada pelanggan wanita langsung di sana? Pelanggan wanita saya kira menyumbang kepada peratusan pelanggan pusat kecantikan di mana mana jua di dunia ini.

Dan kalau sekadar di kaunter alat solek, apa perlu menyentuh pelanggan lelaki di sana? Saya kira rata rata lelaki yang menuju ke kaunter solek, pasti datang di temani seorang perempuan, tak kiralah apa tujuannya. Belum pernah lagi saya terjumpa atau terdengar pelanggan lelaki minta di solekkan di kaunter kaunter solek di mana mana pusat membeli belah pun. Mungkin ada agaknya yang saya tidak tahu. Tetapi berbalik kepada perkataan yang kedua, menarik. Hm, maknanya mengklasifikasikan pemakai tudung ini orangnya tidak menarik? Hm, saya kira tidak begitu. Semuanya bergantung kepada bagaimana seseorang individu itu menggayakan sesuatu yang di namakan "fesyen". Contohnya, Wardina Safiyyah, Norjuma, sekadar menamakan beberapa induvidu. Lihat sahaja penampilan mereka. Sehingga mampu menjadi contoh kepada pemakai tudung dan mereka yang ingin memakai tudung yang lain. Saya kira apabila kita punya persatuan, ahli jawatan kuasa akan membantu kita mencari alternatif kepada sesuatu permasalahan. Tidak boleh guna kata menyelesaikan masalah kerana, kita mahu membantu mereka untuk mampu berdikari bila permasalahan yang sama berulang lagi. Ingat cerita tentang joran dan ikan? Berikan mereka ikan, dan mereka akan makan ikan hanya untuk hari tersebut. Tetapi berikan mereka joran dan ajarkan mereka menangkap ikan, dapatlah mereka makan ikan untuk selamanya (selagi rajin dan mahu makan ikanlah kan?) Macam ambil jalan mudah pula dengan terus menyarankan agar mereka yang bertudung ini mencari kerja lain sekiranya sesuatu tempat atau industri itu tidak mahu menerima mereka bekerja. Mudahnya jalan keluar, atau mungkin erti kata lainnya malas.

Mungkinkah boleh di ambil sedikit pendekatan dan di selidik kriteria seperti yang di dakwa oleh penulis tersebut? Apakah kriteria bebas & menarik itu tiada pada mereka yang bertudung? Apakah pekerja bertudung yang di gaji itu benar benar akan menurunkan jualan seperti yang di dakwa oleh Presidennya Mohaizi Mohamad. Kalau bukan Islam yang mahu membantu siapa lagi? Nampak gayanya terpaksa juga suatu hari nanti, Perdana Menteri masuk campur yea agaknya? Semuanya Perdana Menteri nak selesaikan, letih juga. Di bahu Perdana Menteri ada segala galanya dari HINDRAF sampailah isu isu sebegini. Memang rakyat kita atau mungkin tepat lagi, yang dikatakan pemimpin sesebuah organisasi sudah malas menjalankan tugasnya. Apa fungsinya? Entahlah, Islam itu tidak susah tapi manusia sekelilingnya tidak menjadikannya mudah.

Bicara anda?

1 comment:

faizal-shah said...

lipas kudung ker kipas kudung erk??sekadar bertanya jer