Sunday, March 9, 2008

Pilihanraya 2008

Rasanya bahang Pilihanraya yang sudah pun selesai proses pengundiannya semalam masih terus di perkatakan. Apatah lagi dengan kekalahan teruk seperti yang di jangka oleh Tun Dr Mahathir. Mana silapnya? Hehehehe saya bukanlah orang yang sesuai untuk merperkatakan tentang senario politik itu? Kenapa? Saya hanyalah orang yang membaca suratkhabar yang bernaung dengan kerajaan pusat, menonton televisyen yang juga bernaung dengan kerajaan pusat & mendengar radio yang rata rata juga adalah pro kerajaan pusat (walaupun mereka berstatus swasta). Kesimpulannya, saya hanya mendengar & membaca apa yang kerajaan mahu saya dengar dan baca, tidak begitu?

Jadi apa yang bakal saya tulis ini adalah dari pemerhatian saya yang buta politik. This is only through my observation of the current thing that I have read or listen through the mass media. Kelihatan pada pilihanraya kali ini, kerajaan pusat seakan akan terdesak dengan program jentera pilihanraya yang boleh saya tafsirkan sebagai kucar kacir dan tidak tentu hala. Sebaik sahaja pengumuman pembubaran dilakukan oleh Perdana Menteri, keadaan sesetengah perwakilan seperti gelabah, bingung, hilang akal atau dalam erti kata mudahnya takutkan posisi yang disandang akan terlepas ke pihak lain. Cerita berkenaan calon pilihanraya yang bakal di kemukakan kepada Perdana Menteri untuk persetujuan meletakkan mereka sebagai wakil BN di setiap negeri menampakkan warna warna yang pelbagai. Not a smooth start in my opinion.

Tambah buruk lagi dengan hujah berdegar degar BN yang terdesak sungguh mahu menawan Kelantan - hingga terus menjayakan rancangan penubuhan Universiti Malaysia Kelantan. Setelah setengah abad Merdeka baru kini Kerajaan Pusat mengambil berat soal pendidikan anak-anak Kelantan? Bukankah nampak kesungguhan Kerajaan Pusat menganak-tirikan Kelantan? Hutang 1Bilion Kelantan? Hm, pelik bunyinya kan? Kenapa pelik? Sebab rasanya Mursyidul AM PAS tidak mempunyai kebolehan langsung untuk bermain rasuah! Jadi kalau demi keperluan Bekalan Air Rakyat, Kerajaan PAS terpaksa berhutang - persoalan saya mana perginya duit peruntukan itu semua? Pst bisik seorang teman, dana itu kan datang dari Kerajaan Pusat. Maksudnya' tanya saya. Maksudnya, Kerajaan Pusat boleh menahan dana dari di salurkan kepada Kerajaan Negeri. Wallawei, macam tu ker? Abis macam mana dengan nasib rakyat, tanya saya lagi. Kesan memang kepada rakyat kata teman saya lagi. Hanya kerana bersungguh sungguh mahu menunjukkan betapa Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Mursyidul AM Tuan Guru Nik Aziz itu tidak stabil atau dengan kata lain tidak layak memerintah itulah cara BN menunjukkan kuasa mereka.

Hm, penyelamat atau pengkhianat? Tapi seperti yang saya katakan tadi ini berdasarkan apa yang saya dengar dan baca sebab saya cuma manusia kerdil yang tidak bercampur dengan golongan atasan yang lebih memahami senario politik dan terlibat langsung dengan semua agenda politik negara. Menyerang PAS tanpa alasan & kes yang kukuh adalah suatu perkara PALING BODOH yang pernah di buat BN. Pas rileks ajer. BN pulak yang berdegar degar nak menumbangkan PAS - dengan manifesto pembangunan yang pelbagai kononnya hendak di bawa. BN hendaklah memahami apakah konsep pembangunan yang dimahukan oleh Rakyat Kelantan. Mereka pastinya tidak perlukan bangunan pencakar langit yang mahal mahal atau eksotik kalau sekadar di jadikan kasino atau kelab malam, mereka tidak perlukan kereta ratusan ribu ringgit kalau itu hasil dari duit rasuah.

Menurut adik tersayang yang pernah menuntut 3 tahun di sana; kehidupan di sana memang damai berbanding kota kota metropolitan yang lainnya di Malaysia. Pendapat saya, sekiranya BN benar benar serius (bukanlah mengatakan selama ini mereka tidak serius) mahu menawan Kelantan apa yang perlu mereka lakukan ialah mendengar apa yang dimahukan oleh rakyat Kelantan, bukan apa yang di mahukan oleh BN untuk rakyat Kelantan. Ibarat menjawab soalan peperiksaan - You don't aswer what you know but instead you answer according to the questions. Benar PAS bertunjangkan Islam sebagai aturcara perjalanan politiknya,(bukankah seharusnya begitu kan?) tapi mengapa tidak timbul soal krisis kaum dan sebagainya? Kerana mereka prihatin dalam menangani isu isu berkait rapat dengan perbezaan budaya, agama. Kestabilan ini yang menggamit rakyat agar terus mengundi PAS di bawah pimpinan Mursyidul AMnya sejak sekian lama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. BN takder isu sebenarnya nak menentang PAS, jadi yang timbul ialah isu isu (yang tidak boleh dipanggil isu pun sebenarnya) yang poyo, personal, dan yang entah apa apa. Isu pemimpin PAS tidak mahu bersalam dengan calon BN, isu pemimpin PAS membenarkan calon calonnya membalas cemuhan BN, isu pemimpan PAS menyamakan mereka yang tidak berpegang pada Islam seperti Orang Utan etc. Kawan kawan nilaikan sendiri apa relevannya isu isu sedemikian dengan soal rakyat Kelantan?

Jangan di serang keperibadian pemimpin pemimpin PAS kerana, rakyat Kelantan lebih mengenali & memahami keperibadian pemimpin mereka. Itu suatu pokok soal yang lemah yang di bawa BN dalam usaha menawan Kelantan. Selain dari isu mahu melunaskan hutang 1 bilion itu, tiada isu lain yang dimainkan oleh BN, selain isu emosi personal antara pemimpin 2 parti tersebut. Sememangnya walaupun saya sendiri merupakan penyokong UMNO - saya memang menjangkakan PAS akan terus dapat bertahan di Kelantan. Terasa sayang pulak kalau BN berjaya menawan Kelantan.

Namun kali ini bukan sahaja di Kelantan, malah beberapa kawasan utama juga berjaya di pelopori oleh PAS. Hebat kali penangan PAS di seluruh negara kan? Para pembaca yang terbaca sila ambil perhatian sekali lagi. Ini adalah pernyataan berdasarkan pemerhatian & pendengaran saya yang buta politik. Tapi saya mengalu alukan kenyatan para pembaca yang lebih celik politk untuk membantu saya memahami senario politik ini, kali ini. Yup, especially you Zul :)

Lain kali untuk cerita yang lain pula

No comments: