Friday, March 15, 2013

Guru Hina Pasukan Keselamatan Ditahan

Hmm, sebenarnya nak berkongsi suatu artikel yang dibaca melalui Kosmo Online.

***************************************************************************************************************************

GURU yang didakwa menghina pasukan keselamatan ditahan polis di Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH - Seorang guru di Kelantan ditahan polis pada pukul 7 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh kerana menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial Facebooknya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, suspek yang mengajar Pendidikan Seni di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini ditahan di bawah Seksyen 4 (1) (a), Akta Hasutan.

"Siasatan awal polis mendapati suspek berusia 37 tahun itu mengaku mempunyai penyakit mental tetapi sudah lebih lima bulan tidak makan ubat.

"Dia juga pernah ditahan dua kali sebelum ini atas kesalahan membuat kecoh di tempat awam," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya, kali terakhir suspek ditahan polis adalah pada tahun 2009 kerana mengamuk dan mengganggu ketenteraman awam.

Dalam pada itu, Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2NcrPVa7Z
Hakcipta terpelihara

***************************************************************************************************************************

Saya tak pernah baca apa yang di komen oleh si pelaku, tetapi yang menarik perhatian saya ialah kenyataan bahawa pelaku di katakan mempunyai masalah mental dan sudah hampir lima bulan tidak makan ubat, punya rekod membuat kecoh di tempat awam dengan mengamuk.

Rekod sedemikian masih di benarkan mengajar?

No comments: